Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011 : 1,018 pelajar Sabah mendapat "A" dalam semua mata pelajaran




Keputusan UPSR 2011 di Sabah, menunjukkan 20 ribu 403 daripada 45 ribu 305 calon UPSR bersamaan 45.03 peratus, mencatat sekurang kurangnya peringkat “C” dalam semua mata pelajaran.

1,018 pelajar mencatat keputusan cemerlang, mendapat “A” dalam semua mata pelajaran berbanding 1,190 orang, pada 2010.

Keputusan UPSR 2011 diserahkan kepada pelajar pada hari Khamis, bersamaan 17 November 2011.

Menurut kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, pencapaian gred purata sekolah, G-P-S untuk Sabah pada 2011, menurun kepada 6.91 peratus berbanding 7.88 peratus tahun lalu 2010.

G-P-S Sabah menurun 0.03%.

Namun bilangan calon yang mencapai tahap penguasaan peringkat lemah atau “D” dan amat lemah “E” dalam semua mata pelajaran, telah berkurangan kepada 6.91 peratus.

Apapun Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar UPSR di Sabah khususnya kepada 1,018 orang yang mencatat A dalam semua matapelajaran diambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs