Thursday, November 17, 2011

MASwings catat peningkatan 13.56 % penumpang dan 44.42% kargo pada Januari-September 2011




Pengarah Urusan MASwings, Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang, beliau seorang juruterbang Boeing 747 yang amat profesional dan komited dalam tugasnya.

MASwings, anak syarikat Penerbangan Malaysia, MAS mencatat peningkatan 13.56 peratus bilangan penumpang dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, 2011 berbanding tempoh sama tahun lalu pada 2010.

Pada masa sama, pengendalian kargo MASwings turut mencatat pertumbuhan 44.42 peratus.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kementerian Pengangkutan, MASwings mengendalikan 2 juta 279 ribu 849 penumpang sejak Januari hingga September 2011.

Berbanding 2 juta 7 ribu 546 penumpang tempoh sama tahun lalu.

Pengendalian penumpang tertinggi adalah di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu sebanyak 498 ribu 821 orang.

Bagi pengendalian kargo, MASwings mengendalikan 3 juta 517 ribu 280 kilogram kargo.

Berbanding 2 juta 435 ribu 443 kilogram kargo dalam 9 bulan pertama tahun lalu, 2010.

Kargo terbanyak disumbang lapangan terbang Miri di Sarawak.

Peningkatan bilangan penumpang dan kargo MASwings, disumbang tambahan frekuensi penerbangan.

MASwings beroperasi di 7 Lapangan Terbang dan 9 padang terbang di Sabah dan Sarawak.

Ia termasuk Kota Kinabalu, Miri, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Bario, Ba'Kelalan dan Lawas.



MASwings menggunakan pesawat ATR-72-500 buatan Perancis menggantikan Pesawat Fokker Fifty buatan Belanda.

Syabas MASwings. Syabas MAS. Syabas Malaysia.

Syabas kepada Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang, Pengarah Urusan MASwings.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs