Tuesday, November 8, 2011

Gambar eksklusif Avril Lavigne cedera di muka



Inilah foto eksklusif penyanyi pop rock dan superstar dari Kanada, Avril Lavigne, 27 tahun yang cedera di muka, akibat terperangkap dalam satu pergaduhan bar diHollywood Roosevelt Hotel di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Gambar menunjukkan kecederaan di wajah penyanyi yang sudah menjual berjuta juta album ini.

Kejadian berlaku awal pagi Ahad, 6 November 2011 ketika Lavigne bersama teman lelakinya Brody Jenner sedang berparti dalam bar itu.

Dalam tweetnya, Avril berkata :

"I got attacked by 5 people … out of nowhere. Not cool. My face is f---ed," atau dalam bahasa Malaysianya bermakna : "Saya diserang oleh 5 individu secara tiba tiba. Wajah saya cedera!"

Akibatnya, Avril mengalami "black eye, bloody nose, hair ripped out, scratches, bruises and cuts. So not ok to be abusive to others. Violence is NEVER the answer."

Yang bermakna penyanyi itu mengalami lebam di mata, hidung berdarah, rambut ditarik, kesan cakaran dan luka.

Ketika ini, belum ada tangkapan dibuat Polis Hollywood.

Semoga Avril cepat sembuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs