Monday, November 21, 2011

Cicak Tokek atau Tokay bukan penyembuh HIV, AIDS dan Kanser



Cicak Tokay atau Tokek yang digembar gemburkan boleh menyembuhkan AIDS, HIV dan Kanser sebenarnya tidak, menurut WHO, atau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Di Malaysia, kegilaan memburu cicak tokek atau tokay yang dikatakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit seekor, sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Di mana mana saja Tokek diburu, samada di Kudat, Sabah atau di Padang Besar, Perlis.

Kegilaan cicak Tokek menjurus dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Menurut kenyataan WHO, tiada bukti saintifik cicak tokek boleh menyembuhkan HIV, AIDS dan kanser.

Sebaliknya pesakit AIDS dan pengidap HIV dinasihatkan mendapatkan rawatan anti-retroviral di Hospital kerajaan.

Maklumat ini ada disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris, The STAR di alamat :

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F11%2F21%2Fnation%2F9943851&sec=nation

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs