Wednesday, November 16, 2011

Kanak kanak sekolah di China bergadai nyawa untuk ke sekolah



Kita di Malaysia beruntung kerana pelajar sekolah melalui perjalanan yang lancar, selesa dan selamat untuk menimba ilmu.

Di China, ada kawasan nun jauh terpencil yang mencabar nyawa bagi pelajar untuk ke Sekolah.

Satu daripadanya ialah kampung Pili di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur yang tidak mempunyai jalanraya.

Akibatnya, untuk ke sekolah, pelajar terpaksa menempuh perjalanan amat mencabar termasuk melalui kawasan gunung yang amat curam. Silap sedikit, membawa maut.

Ada juga laluan yang merentasi sungai amat sejuk. Jika jatuh, pasti buruk padahnya.

Nah, kita harus bersyukur kerana Malaysia dalam keadaan aman, makmur dan tiada pelajar terpaksa menempuh laluan seumpama ini.

Tidak dinafikan ada kawasan di Sabah dan Sarawak dimana pelajarnya terpaksa berjalan kaki merentasi hutan belantara dan sungai serta laut, namun keadaan di Malaysia tidak seteruk keadaan di Pili, China ini.

Semoga perjalanan sukar ini menginsafkan kita.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs