Tuesday, November 22, 2011

Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Oscar Ramiro Ortega-Hernandez, disyaki melepaskan 9 das tembakan untuk membunuh Obama di White House pada 11 November 2011.

Apabila ada cubaan membunuh atau pembunuhan ke atas Presiden Amerika Syarikat, maka itu adalah berita sensasi dan berita no.1 di seluruh dunia.

Ini kerana Presiden Amerika Syarikat adalah orang paling berkuasa di dunia.

Sejarah menunjukkan, 4 Presiden Amerika Syarikat dibunuh.

Mereka ialah Presiden Abraham Lincoln pada 1865, Presiden John F. Kennedy pada 1963, Presiden James A. Garfield pada 1881 dan Presiden William Mc Kinley pada 1901.

Presiden Ronald Reagen juga pernah ditembak pada 1981 tapi terselamat.

Baru baru ini, seorang lelaki kurang waras berusia 21 tahun ditahan polis Amerika Syarikat kerana disyaki melepaskan tembakan ke arah White House, kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat.

Pada Jumaat 11 November 2011, 9 das tembakan menggunakan senjata separuh automatik, dilaporkan dilepaskan ke arah White House.

1 das mengenai tingkap di kediaman Presiden itu.

Ketika kejadian Obama dan keluarganya tiada di White House kerana berada di persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC 2011 di Honolulu, Hawaii.

Seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan itu, Oscar Ramiro Ortega-Hernandez kemudiannya ditangkap.

Dia berambut panjang dan berjanggut tebal dan mendakwa dirinya Nabi Isa!!!

Menurutnya dia bercadang membunuh Obama kerana Obama adalah anti-Christ atau anti Nabi Isa.

Well, jika benar Oscar Ramiro Ortega-Hernandez adalah Nabi Isa, maka dia tidak perlu melepaskan tembakan, cukup dengan menggunakan kuasa sakti, mukjizat ajaib saja.

Jika didapati bersalah kerana cubaan membunuh Presiden Obama, maka Oscar Ramiro Ortega-Hernandez boleh dipenjara seumur hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs