Thursday, November 10, 2011

Jika Hukum Hudud dilaksana, adakah Anwar Ibrahim akan didakwa mengikut Hudud??



Dewasa ini banyak debat di media dan alam siber mengenai kewajaran pelaksanaan hukum Hudud di negara ini.

Namun jika hukum Hudud dilaksanakan, adakah individu pertama yang bakal dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud ialah individu di atas?

Bukti bergambar dia melakukan seks dengan seorang wanita Cina sudah ditayangkan dan disebarkan di internet.

Jadi adakah lelaki berkenaan yang dikatakan mirip dan menyerupai ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, akan turut dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud??

Malahan Anwar juga ketika ini sedang berdepan tuduhan meliwat seorang lelaki, Saiful Bukhari Azlan.



Beberapa parti politik dan pemimpinnya seperti Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat (gambar atas), antara yang menyokong penuh pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia.

Malahan pada 2 November 2011 lalu, Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan, mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dalam kalangan profesionaldan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Peranan jawatankuasa berkenaan antara lain mengkaji kemungkinan pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs