Friday, April 27, 2012

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay mengenai isu video seks yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah.

Malah Pergerakan Puteri UMNO mencabar Nurul Izzah supaya membuat kenyataan umum mengatakan bahawa Datuk Eskay adalah seorang pembohong besar jika beliau benar-benar berani mahu menegakkan kebenaran bapanya.

Puteri UMNO percaya sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menghentikan lakonannya dan beliau sendiri sememangnya tidak akan berani, baik untuk menyaman Datuk Eskay mahu pun membuat kenyataan tersebut.

Tindakan Nurul Izzah mempertahankan bapanya dan juga Shamsidar Taharin baru-baru ini iaitu  hanya selepas hampir sebulan perkara tersebut dibangkitkan turut menimbulkan tanda tanya sejauh mana beliau sebenarnya benar-benar jujur menyatakan pendiriannya. 

Puteri UMNO ingin bertanya kepada Nurul Izzah adakah tindakannya mempertahankan bapanya dan Shamsidar kerana didesak atau dipaksa oleh Azmin Ali iaitu suami kepada Shamsidar? 

Atau apakah beliau telah mendapat persetujuan daripada ibunya terlebih dahulu sebelum mempertahankan Shamsidar? Ini kerana sebagai seorang anak, jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah, tindakan mempertahankan Anwar akan dibuat sepantas mungkin kerana pendedahan tentang video seks itu melibatkan maruah bapa dan keluarganya. 

Pergerakan Puteri UMNO sememangnya amat tertarik dengan tindakan Nurul Izzah dan lakonan politik beliau serta tidak sabar untuk melihat penamat sandiwara tersebut. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs