Monday, April 16, 2012

Colourful Malaysian Ministers and Ex Malaysian Ministers.


Lim Keng Yaik bekas Presiden GERAKAN



Tun Dr Ling Liong Sik - bekas Menteri Pengangkutan



Datuk Seri S Samy Vellu - bekas Menteri Kerjaraya



Allahyarham Tok Mat



Datuk Seri Utama Rais Yatim

Colourful Malaysian Ministers and Ex Malaysian Ministers.

Malaysia ada ramai menteri dan bekas menteri yang meninggalkan legasi untuk kita.

Samada dalam bentuk perkhidmatan sebagai menteri dan wakil rakyat, ataupun kerana ciri dan cara serta gaya percakapan mereka yang tersendiri dan agak lucu.



Sebagai contoh Tun Dr Lim Keng Yaik yang pernah menjadi Presiden Gerakan dan Menteri Perusahaan Utama. Apa saja topik yang diungkapkannya ketika sidang media amatlah lucu kepada wartawan. Media juga berhati hati tak mahu duduk dekat dengan dia, takut kena sembur air liurnya hahahaa...



Datuk Seri S. Sammy Vellu juga mempunyai cara percakapan tersendiri yang agak lucu ketika ditemuramah media semasa beliau Presiden MIC dan Menteri Kerjaraya.


Begitu juga arwah Tan Sri Mohamad Rahmat ketika menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan.


Tun Dr Ling Liong Sik juga ada gaya tersendiri ketika beliau bercakap dalam sidang akhbar sewaktu masih presiden MCA dan Menteri Pengangkutan. Malahan hampir kesemua sidang akhbar beliau diadakan di dalam pejabatnya.


Gaya kesemua menteri diatas pernah dilakonkan oleh artis komedi negara, Allahyarham Yusof Chong.



Bandingkan ini dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim yang sungguh teratur pertuturannya samada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

Perhatian juga Datuk Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu, mungkin satu satunya menteri kabinet Malaysia yang suka membawa kamera ke mana saja beliau pergi, termasuklah ke luar negara serta ketika berada di atas pentas. Ini kerana beliau suka mengambil gambar.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs