Frank Lampard menjadi pemain midfield pertama di EPL yang menjaringkan 150 gol.
Pemain Midfield Chelsea, Frank Lampard menjadi pemain pertama di Liga Perdana Inggeris, EPL yang menjaringkan 150 gol. Dia melakukan pencapaian itu ketika The Blues seri 1-1 menentang Fulham hari ini 10 April 2012.
Namun Chelsea kini berdepan bahaya terlepas aksi Champions League kerana berada di tangga ke 5 EPL di belakang Manchester United, Manchester City, Tottenham dan Arsenal.
Namun Chelsea berjaya ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah selepas menewaskan Benfica dengan agregat 3-1 di suku akhir. Chelsea akan bertemu juara bertahan dan pasukan terbaik dunia ketika ini, Barcelona pada perlawanan timbal balik 17 April dan 25 April 2012.
Seorang lagi pemain bukan penyerang yang berjaya merekodkan jaringan gol luar biasa di EPL sebelum ini ialah pemain sayap kiri sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo yang pernah menjaringkan 42 gol pada 1 musim ketika bersama Manchester United.
Cristiano Ronaldo kini beraksi untuk Real Madrid di La Liga Sepanyol. Bersama Real Madrid, Ronaldo sudah menjaringkan 49 gol musim ini samada dalam saingan La Liga, Piala Raja Sepanyol, mahupun Liga Juara Juara Eropah.
Real Madrid juga kini di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah selepas menewaskan Apoel FC dari Cyprus 8-2 secara agregat di suku akhir. Real Madrid bakal bertemu Bayern Munich pada separuh akhir kelak.
No comments:
Post a Comment