Monday, April 23, 2012

PERUNTUKAN PARLIMEN P.177 BEAUFORT DISEKAT?



Teks : Jaafar Abdul Wahid

PERUNTUKAN PARLIMEN P.177 BEAUFORT DISEKAT?

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan rasa kesal dan kecewanya atas tindakan beberapa pihak yang menyekat peruntukan Parlimen yang diperuntukan di kawasan beliau yang sehingga kini gagal disalurkan.

Katanya, sepatutnya peruntukan yang telah pun disediakan oleh kerajaan kepada setaip ahli Parlimen di negeri ini telahpun dikeluarkan bagi membolehkan permohonan projek projek pembangunan yang dminta oleh rakyat dapat dilaksanakan secepat mungkin.

" Sehingga sekarang (bulan April) kita belum menerima sebarang peruntukan tersebut, sedangkan kita maklum ianya telahpun disediakan oleh kerajaan untuk diagih-agihkan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keperluan rakyat sebagaimana senarai permohonan projek pembangunan yang perlu diberikan keutamaan untuk dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini" katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Juara Rakyat dan Hari Keluarga PIBG Gerakan Daya Wawasan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Temporong di Kuala Penyu pada Ahad 22 April 2012.

Difahamkan setiap Kawasan Parlimen menerima lebih dari RM 1 juta setiap tahun khusus untuk membayai perlaksanaan projek pembangunan di kawasan yang mereka wakili dan negeri Sabah peruntukan tersebut disalurkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah untuk diagih-agihan mengikut kawasan Parlimen di negeri ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kelewatan menyalurkan peruntukan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat gagal diambil tindakan segara untuk dilaksanakan menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu, terkilan dan melahirkan rasa marah mereka kepada pemimpin. "

Perlu diingat peruntukan tersebut bukan untuk kegunaan peribadi pemimpin melainkan ianya peruntukan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan rakyat" katanya.

Beliau yang tidak memahami kenapa berlaku kelewatan menyediakan peruntukan di kawasan Parlimen Beaufort sedangkan di lain lain kawasan Parlimen telah pun disalurkan berharap pihak yang berkenaan lebih propesional, dan proaktif menangani kelewatan tersebut.

Ketika diajukan pertanyaan berhubung dengan pelbagai sepekulasi yang mengaitkan beliau akan menyertai parti lain termasuk dalam beberapa siri ucapannya yang dilebalkan sebagai mengkritik kerajaan, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau adalah wakil rakyat BN yang mewakili rakyat untuk menyampaikan masalah rakyat .

" Saya bukan wakil rakyat dari parti pembangkang kenapa perlu ada sekatan terhadap peruntukan di kawasan Parlimen saya, perlu saya tegaskan kita akan menghadapi pilihanraya Umum ke 13, kelewatan kita mengatasi masalah terutamanya dalam memenuhi keperluan pembangunan rakyat akan turut menjejaskan reputasi BN" tegas Lajim.

Tambahnya Slogan " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" perlu dihayati bukan sahaja oleh pemimpin namun jabatan serta pegawai kerajaan sebagai pelaksana di peringkat bawahan."

Jangan sampai rakyat melahirkan protes mereka terhadap tuntutan keperluan pembangunan yang mereka harapkan dari kerajaan selama ini, sehingga mereka beralih arah dalam pilihanraya umum akan datang yang boleh menjejaskan keterbeliti pemimpin dan kerajaan" katanya.

Kata Saya :

Moga Kenyataan Lajim ini diambik serius oleh semua pihak khususnya kerajaan, kerana jika tidak, maka rakyat menderita dan pilihanraya pasti dijadikan medan oleh rakyat untuk melepaskan rasa tidak puas hati sebagaimana berlaku pada PRU 12 pada Mac 2008 dimana BN tewas di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs