Monday, April 16, 2012

Penjara Iwahig, Palawan, Filipina, paling bebas untuk banduan









Penjara Iwahig, Palawan, Filipina, paling bebas untuk banduan

Sistem penjara di Iwahig, Palawan, Selatan Filipina berhampiran sempadan Sabah dilaporkan antara sistem penjara paling bebas untuk Banduannya.

Mengapa? Banduan yang kurang berisiko dibenarkan membina rumah di luar penjara dan dibenarkan mengusahakan ladang.

Mereka tidak dikurung dalam sangkar besi sebagaimana pesalah lain di penjara biasa.

Akhirnya wujud perkampungan di luar penjara dimana Banduan bebas melakukan apa saja aktiviti asalkan ia tidak melanggar undang undang termasuk minum, makan, main chess, dam haji, sabung ayam, menyanyi dan bermain gitar.

Malahan kaum keluarga yang melawat mereka juga tinggal di rumah itu.

Itulah keistimewaan penjara Iwagih di Palawan Filipina yang amat berbeza dengan penjara paling ketat di dunia suatu ketika dulu, Alcatraz yang turut memenjarakan gangster terkenal dunia, Al Capone.

Diriwayatkan hanya 3 orang pernah berjaya melarikan diri dari Alcatraz. Mereka bukan saja lolos dari penjara, malahan berjaya berenang keluar dari pulau Alcatraz.

Sebuah lagi penjara ketat sekuritinya ialah penjara di Robben Island, Cape Town, Afrika Selatan yang pernah memenjarakan Presiden Afrika Selatan dan penjuang anti-apartheid, Nelson Mandela.

Hmmm Iwahig amat berbeza dengan Alcatraz dan Robben Islands.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs