Monday, April 16, 2012

Artikel Skulls and Sago menimbulkan kemarahan masyarakat Sarawak





Artikel of Skulls and Sago tulisan Henry Ng, yang pernah diterbitkan dalam buku Asian Beacon, pernah menaikkan kemarahan masyarakat Iban di Sarawak kerana penulisnya mempersoalkan cara hidup kaum itu, termasuk memakan semut goreng dan lintah!!

Kaum Iban juga dilaporkan menggunakan garam ke makanan terbuang, supaya boleh dimakan kembali.

Hmm.. Buku itu sudah meminta maaf.

Saya tidak terkejut jika penulis buku itu turut mempersoalkan kaum lain di Malaysia.


Sebagai contoh saya sendiri pernah makan ulat Sago.

Sebenarnya Ulat Sago itu amat berkahsiat dengan protein dan vitamin lain jika dimakan hidup hidup atau dimasak secara dibakar terlebih dahulu.

Amat enak, saya sendiri pernah merasa keenakannya.

Maka itu saya cadangkan penulis buku of Skulls and Sago memakan sendiri ulat Sago itu baru dia merasai keenakannya dan tidak menulis yang bukan bukan lagi.

Difahamkan penulis itu sudah meminta maaf, namun bak kata pepatah, TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUH PADAHNYA.

Sekian dan terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs