Monday, April 9, 2012

Esteban Solari, pemain Apoel FC seiras bintang Hollywood, Brad Pitt.


Esteban Solari - pemain bolasepak Apoel FC, Cyprus yang berasal dari Argentina


Brad Pitt, bintang Hollywood yang menjadi kegilaan wanita, namun sudah berkahwin dengan Angelina Jolie

Esteban Solari, pemain Apoel FC seiras bintang Hollywood, Brad Pitt.

Sama tapi tak serupa.

Itu yang boleh kita katakan mengenai pemain bolasepak Apeol FC dari Cyprus, Esteban Solari.

Wajahnya seakan menyerupai Brad Pitt, bintang filem Hollywood yang menjadi kegilaan ramai wanita di dunia.

Saya melihat persamaan ini ketika menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara Eropah atau Champions League, antara Apoel menentang gergasi bolasepak dunia dari Sepanyol. Real Madrid di Bernabeu.

Apoel tewas 2-5 dan 2-8 secara agregat, namun kemaraan kelab kerdil dari Cyprus itu mengejutkan dunia bolasepak kerana berjaya mara sehingga ke suku akhir, pencapaian yang tidak diduga yang lebih baik daripada kelab gergasi lain yang bungkus dan tewas lebih awal iaitu Manchester United, Arsenal, Inter Milan, Juventus, Roma, Bayern Leverkusen dan banyak lagi.

Nah, Solari ada iras Brad Pitt kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs