Monday, April 9, 2012

Datuk Yii Ching Siew, pengerusi Syarikat multinasional, YTY Industries, yang pandai bermain silap mata


Datuk Yii Ching Siew, pengerusi Syarikat multinasional yang pandai bermain silap mata

Datuk Yii Ching Siew adalah seorang ahli perniagaan di Malaysia. Dia pengerusi YTY Industries, pengeluar sarung tangan getah terbesar di Malaysia untuk pasaran ekspot dan juga tempatan.

Datuk Yii berbeza dengan ahli perniagaan lain kerana dia pandai bermain silap mata atau magik. Magiknya ialah dia akan mengambil sekeping kertas putih biasa dan menukarnya menjadi wang kertas tulin RM100. Ajaib sungguh...!!!

Saya berkesempatan menyasikan silap mata Datuk Yii ini ketika menghadiri makan malam tradisi atau makan besar bersama keluarganya sempena Tahun Baru Cina pada awal tahun 2000 di kondominium Marina Court, Kota Kinabalu.

Ketika itu kami membuat rakaman segmen makan malam keluarga Datuk Yii untuk disiarkan sempena Tahun Baru Cina.

Tanpa kami ketahui, Datuk Yii melakukan persembahan silap mata itu di hadapan kaum keluarganya untuk menghiburkan mereka. Apa lagi, semua yang hadir ketawa terbahak bahak dan kagum dengan kebolehan Datuk Yii yang bukan sahaja pandai bisnes, malahan silap mata.

Kisah Datuk Yii itu ada disiarkan di berita TV pada malam keesokan harinya.

Selepas berita itu disiarkan, Datuk Yii amat gembira dan membelanja kami pula bersarapan pagi di Hotel Hyatt pada keesokan harinya.

Itulah keistimewaan Datuk Yii Ching Siew. Gong Xi Fa Chai Datuk Yii dan keluarga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs