Thursday, April 12, 2012

Rakyat Sabah yang berpangkat tinggi di Malaysia, samada kerajaan mahupun swasta


Hanya ada 2 wanita pernah dilantik ke jawatan tertinggi Bank di Malaysia. Mereka ialah Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Datuk Bridget Lai (gambar atas), dari Tuaran, Sabah yang pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Malaysia Berhad, pada 2005 hingga 1 April 2010. Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam sektor perbankan khususnya di Standard Chartered Bank. Bridget memulakan tugas pertama di Bank sebagai bank teller sebelum memegang pelbagai jawatan penting selepas itu menerusi usaha gigih dan dedikasi serta semangat waja.

Bridget diiktiraf antara pakar perbankan dari golongan wanita paling berkaliber dan cemerlang di Asia selain Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Namun sayang seribu kali sayang, Bridget terpaksa melepaskan jawatan sebagai Group CEO Alliance Bank ekoran ketidak-sefahaman dengan Lembaga Pengarah Alliance Bank.

Antara kata kata Bridget Lai yang terkenal dan super famous ialah :

“Money cannot buy integrity and there is no price to integrity as it is priceless."

Orang Sabah yang berpangkat tinggi di peringkat persekutuan atau di Kuala Lumpur

Kita ada ramai rakyat Sabah yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang masing masing sehingga menjawat potfolio penting dan tinggi di peringkat persekutuan di Kuala Lumpur samada dalam kerajaan mahupun swasta.

Antaranya :


1. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Commisioner Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Dulunya pernah menjadi Timbalan OCPD Kota Kinabalu dengan pangkat Superitenden pada awal 90an serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah dengan pangkat SAC II. Abangnya ialah Razali Zinin, bekas pemain bolasepak Sabah dan Malaysia pada 1980an.



2. Tan Sri Abdul Gani Patail, yang berasal dari Lahad Datu, Sabah adalah Peguam Negara, satu kedudukan tertinggi dalam badan perundangan negara. Pernah mengetuai pendakwaan bagi kes berprofil tinggi seperti kes liwat dan rasuah bekas TPM Anwar Ibrahim pada 1998.



Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum



3. Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Mohd Tahir, berasal dari Sabah, dari suku kaum Brunei. Pangkat duta ialah TYT, Tuan Yang Terutama. Dalam gambar ini Datuk Pengiran Mohd Hussein (kanan) sedang menyambut ketibaan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke Phnom Penh.



4. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ialah anak Keningau, Profesor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon. Dulunya jawatan Naib Canselor UMS dipegang profesor dari Semenanjung iaitu Profesor Tan Sri Dr Abu Hassan Othman dari Negeri Sembilan dan Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.



5. Pengarah Berita dan Ehwal Semasa RTM Angkasapuri, ialah Datuk Jumat Engson (gambar atas, kanan) berasal dari Sabah yang pernah menjadi pengarah RTM Sabah. Jawatan kanan IPTAR iaitu Institut Penyiaran Tun Abdul Razak juga pernah disandang orang Sabah termasuk Datuk Bernard Maraat.


6. Pegawai perhubungan awam JPN Putrajaya, Jabatan Pendaftaran Negara ialah Puan Jainisah Mohd Noor, dari Tuaran, Sabah.



7. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia pernah disandang rakyat Sabah dari Menggatal, Datuk Mohd Yusop Mansor (gambar atas, berdiri tengah)

8. Kini sudah ada pegawai memerintah kapal perang TLDM dari kalangan anak Sabah.

9. Sharif Abdullah dari Kudat, utara Sabah adalah pegawai kanan AJI NO Moto Malaysia berpengkalan di Kuala Lumpur.

10. ketika ini Sabah ada 4 menteri penuh di kabinet persekutuan iaitu :



Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah merangkap naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,


Menteri Luar Datuk Anifah Aman,



Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok



dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

11. Serta ada 5 Timbalan Menteri Persekutuan iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Ukin selaku Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk VK Liew Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan, Tan Sri Joseph Kurup Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan.



12. Speaker dewan Rakyat berasal dari Kota Belud, Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.



13. Datuk Bridget Lai, wanita Sabah yang menjadi wanita Sabah pertama dilantik CEO Alliance Bank, pernah mengetuai bahagian perdagangan pelanggan Standard Chartered Bank. Bridget antara top banker di Malaysia selain Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ramai lagi, nanti saya update ya.. Thanks kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs